Sunday, June 28, 2009

Sumbangan / Derma Ikhlas...

Sukacita dimaklumkan bahawa sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan derma ikhlas bagi Masjid Al-Iman Datuk Salim, Kunak; bolehlah menyalurkan ke akaun maybank ini:-
Masjid Al-Iman Kunak - 5601 1100 0645 Maybank
Kewangan ini adalah bagi menjaga kebajikan sekitar termasuk penyelenggaraan Masjid Al-Iman tersebut dan hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu membalasnya. InsyaAllah amin.
Saya sentiasa mengingati ayat-ayat ini yang selalu arwah pesan kepada kami semua
"Jikalau Tuhan(Allah) tidak mau duitnya,1 sen pun DIA tidak akan terima...tertutup hatinya untuk menderma duit selawat dan kepada masjid..."jikalau kita renungkan sejenak...sekali kita sembahyang berjemaah beramai-ramai(umpama sembahyang hari raya atau jumaat)setiap satu orang menderma duit selawat sebanyak RM1 kali 100/200/300 orang, satu jumaat boleh mendapat RM1++/2++/3++, duit ini boleh disimpan dan digunakan untuk keperluan masjid dan orang-orang yang lebih memerlukannya...tetapi...mungkin kata-kata arwah betul...tuhan telah menutup hati mereka untuk menderma... ini terbukti kerana samasa hayat arwah, ramai juga pernah menjanjikan bantuan untuk masjid al-iman ini,tetapi...sehingga hari ini 1sen pun tak pernah kunjung tiba...tak mengapalah...terserahlah lah kepada yang ESA...

Saturday, June 27, 2009

saya masih berasa amat sedih lagi buat masa ini... amat sukar untuk melupakan pemergian bapa saya... saya akan cuba menyiapkan blog ini secepat mungkin, akan bersambung segala sejarah dan kisah bapa saya dan masjid al-iman...

Datuk Salim b.Bacho telah kembali ke Rahmatullah


Pada 18 June,2009... tepat jam 1pagi(subuh, waktu tempatan) Bapa saya atau Datuk Sri Panglima Salim B. Bacho telah kembali ke Rahmatullah...Inna-Lillahiroziun... Al-Fatihah. Semoga ROH ALLAHYARHAM bersama-sama orang-orang yang soleh. InsyaAllah, Amin. Beliau telah selamat dikebumikan di tempat pilihannya sendiri, iaitu Masjid Al-Iman Kunak, Sabah.
Beliau berusia 81 tahun(1928-2009)...dan kami tidak sempat menyambut hari bapa bersama beliau, tetapi itu bukanlah hasratnya yang terbesar. Setiap hari dia hanya bimbangkan masjid Al-Iman agar sempat disiapkan untuk digunakan sembahyang aidilfitri yang akan datang(inilah hasrat beliau yang terbesar, Masjid Al-Iman adalah benda paling penting dalam kehidupan harian beliau).hampir 1/3 masa hidup beliau(bermula selepas beliau bersara daripada dunia politik),beliau gunakan tenaga, masa termasuk harta ke-arah projek pembangunan/baik pulih semula surau/Masjid Al-Iman.
Beliau dulu amat giat berpolitik dan merupakan diantara orang kuat U.S.N.O dan penyokong setia Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, bapa kemerdekaan Sabah. Belaiu mula menyepikan diri daripada dunia politik selepas pemergian Tun Mustapha ke Rahmatullah...
Saya bagi pihak bapa saya,ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sekiranya semasa hayat beliau ada terkasar kerana tiada yang sempurna melainkanNya yang ESA; dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang pernah menolong beliau.

Masjid Al-Iman Datuk Salim


Pada tahun 1997, bapa saya, Datuk Sri Panglima Salim b. Bacho telah mendapat ilham untuk mendirikan sebuah tempat beribadah di atas tanah miliknya sendiri, berdekatan dengan kg kunak jaya dan berada dalam kawasan sawmillnya(kilang papan), dia dengan segera membina sebuah masjid kecil dan menamakannya dengan nama Al-Iman.
Masjid ini diketika itu hanya boleh menampung sebanyak 50-75 jemaah. Disinilah bermulanya satu detik bersejarah buat bapa saya dan juga kami sekeluarga.
Pada setiap tahun, bapa saya akan membesarkan Masjid ini kerana tidak simpati dengan jemaah yang meningkat pada sembahyang jumaat setiap minggu dan juga pada sembahyang hari raya aidilfitri/aidiladha.
Pada tahun 1999,Masjid Al-Iman yang dahulunya diperbuat dari kayu dirobohkan, dan bermulalah projek pembinaan sebuah masjid didalam kampung yang terpencil ini. Masjid yang dahulunya kayu,diganti dengan semen/kontrit.